Saturday, June 24, 2006

Nur Ainna terkini............

Ni la gambar terbaru anak dara kesayangan ayah dia...........nak pulak dia bergambar kalau tidak susah betul nak suh dia berposing.....

Yang ni plak tak sempat nak posing terus snap, tak kisahla ainna ek...heheheheh.....

Friday, June 23, 2006

SaTu KeSeDaRaN................

Kita adalah lebih baik, bukan bermakna mahu bermegah. Bukan juga membawa maksud bangga diri. Tidak juga bermakna harus berserah nasib. Apabila kita berasa putus asa, kecewa dan tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara kita merenung semula kedudukan diri kita, kita harus bersyukur bahawa sebenarnya masih ada orang yang lebih susah, lebih malang dan lebih tidak bernasib baik.

Misalnya apa bila kita rasa tidak mewah, sebenarnya ada orang yang lebih miskin daripada kita, jika kecewa dengan pekerjaan yang tiada peningkatan dari segi jawatan mahupun gaji sebenarnya masih lagi ramai orang tiada gaji dan jawatan. Mengapa gusar dengan apa yang anda miliki? Jika kita sering bersyukur dengan apa yang ada , jiwa kita akan tenang. Ini akan membuatkan kita berusaha untuk menjadi lebih baik daripada semalam ataupun daripada orang lain.

Walauapun beberapa ketika dulu, pernah menasihatkan anak remaja dengan mengatakan untuk maju seseorang itu harus sedia berdaya saing. Dan apabila mahu bersaing, kita harus bersaing dengan orang yang lebih baik daripada kita. Dengan itu, baru kita sedar sejauh mana tahap keupayaan kita. Biarpun kedua-dua kata nasihat ini berbeza nada tapi tetap merasakan ia membawa makna yang sama. Iaitu kita jangan selalu berasa rendah diri atau lebih malang daripada orang lain dan
untuk maju kita harus ada kayu pengukur untuk mengukur nilai kemajuan kita itu.

Dalam kehidupan kita, sejak azali lagi kita sudah bersaing.Untuk lahir ke dunia juga kita bersaing dengan berjuta-juta sperma lain dan kitalah juara apabila berjaya menjadi janin dan lahir sebagai manusia ke dunia ini. Persaingan selepas itu tidak pernah berhenti sehingga sekarang. Jadi jangan mudah putus asa dan berasa diri tak berguna, kerana kita sudahpun diciptakan oleh Allah untuk mendiami dunia ini sementara menuju jalan pulang ke akhirat. Selagi kita mahu melakukan sesuatu yang baik dan memperbaiki kelemahan diri dalam apa jua bentuk yang menuju kearah kebaikan, kita akan kekal menjadi ORANG YANG LEBIH BAIK.

Tuesday, June 20, 2006

17 JUNE 2006.......................

Selamat Menyambut Ulangtahun ke 4 buat anakanda tersayang MUHAMMAD ALIFF..........

Dah besar rupanya anak ibu nih, dah 4 tahun rupanya..pejam celik pejam celik.......2 tahun lagi nak sekolah..huhuhuh......makin besar makin petah bercakap..tak larat kadang2 nak layan dia......cakap pulak macam org besar...kelako kadang bila dengar dia cakap..terkejut pun ada sebab tak sangka boleh cakap macam gitu sekali.

Friday, June 16, 2006

Bz Tahap Maharaja...........Penat Tahap Maharani.....

Hmmm..........apa nak citer pun tak tau sebenarnya......banyak bende lom siap tapi cam takde mood sebab penat....tapi sempat melayan blog sebab macam dah lama tak jengah. Skang ni pun tangan lenguh giler, nak menaip pun tak larat, mmg kene urut la nampaknya. Rasa sangat demotivated skang, nape ek?..Tension tu mmg taknak benonya dalam kamus idup tapi takleh nak elak dari bende tu datang......Tak cukup rehat la kot........

Wednesday, June 07, 2006

Sedihnya......060606..........dalam kenangan

SPECIALLY DEDICATED TO MY SLG STUDENTS.........
(sorila lambat sikit buat bende ni)


Hari ni dalam sejarah...060606...meninggalkan banyak kenangan dalam hidup saya........Mana taknya setelah 5 bulan berhempas pulas akhirnya dah ke penghujung jalan...........Banyak bende yang dah dilalui bersama dengan uols..pahit..manis...masam...masin....kelat..semuanya laaaa.......

HALIM- u're are a very good and obedient student.Memang sesuai jadik ketua kelas. Dengar kata, baik jek duduk dalam kelas tuh, tak penah bising, kiranya ala2 setia laaa. Cuma bila time ngantuk main boom jek kat deretan kerusi tempat dia tuh. Masa mula2 kenal, budaknya baik, diam, susah nak dengar dia cakap atau bual2 kosong[tapi tak tau la kalau belakang saya ye alim,.,.,.,.,].....tapi skang mmg loyar buruk....ada jek bende yang nak dicakap......spontan pulaknya tuh..heheheh...bila kita tanya suke buat muka blur pastu senyum jek.....

SUE- penolong ketua kelas..hehe....tapi dikalangan kawan2 org panggil kak sue. The one and only mummy dalam kelas with one child, nur iman saffiya. Comel anak sue...macam mak ngan ayah nya jugak.....putih, geram tgk....heheh...yang ni memang dalam kelas antara yang talkative jugakla...penyeri kelas..takdela senyap kelas tuh, kekadang buat kawan jugak bercerita tetapi lebih pada citer2 kekeluargaan, yelah kita ni kan mak2 kan sue?...heheheh.....sue ni matured orangnya, nampak adik2 semua respect kat dia, dari awal kelas hinggalah penghujung masih kekal dengan cara dan style dia yang berani, boleh bagi pendapat, duduk pun kat kelas depan sekali, rasanya dia pun leh nampak lubang idung saya bila mengajar.....hahahaaha......

NINA - haaa...yang ni toksah nak citer la, kalau dia takde mmg tak sah, kalau dia ada mmg gamat kelas tu jadiknya.Sangat pandai bercakap, memang sesuai kalau jadik lecturer. Suara dia jek sebatu boleh dengar {jangan marah ye nina]....sangat ceria orgnya.....chubby..comel......kalau dalam kelas tu bila tanya soalan, dia la yang paling rajin menjawab, tapi bila dia takde, pening kepala jugak nak minta yang lain jawab sebab kureeng sikit nak suh bercakap atau bagi idea ni...

MUZLEE - pelajar yang mendapat award paling senyap dalam kelas..huhuhu..mmg senyap pun minah sorang nih, susah nak dengar sore dia. Bayangla sepanjang 5 bulan kelas ni sangat susah nak dengar suara dia tapi orgnya rajin, sopan, polite..sesuai buat menantu...hehehe.....tak tau nak citer/ komen apa sangat sebab mmg azali style dia cenggitu, nampak jugak berbual tapi tak dengar sore dia, tapi tak tau la kalau saya tak nampak kan dia bising2 ke apa ke..heheh...

NURUL - ni minah kontroversi..huhuh..serba serbi....ada jek isu yang berjaya ditimbulkan.....suka betul gaduh ngan nizam..tapi perang mulut je laaa. Budaknya rajin, tangkas macam lipas kudung kalau buat kerja mmg pantas, cepat..........Suka tgk minah ni tang tahi lalat dia, agaknya itu pasal ada org yang berkenan [jangan marah nurul ye].

NORA - kawan2 suka panggil dia ni blur tapi mmg pun..huhuhu...[jgn marah nora]...kadang2 bila kita mengajar dalam kelas pun cam berangan ke apa ke boleh tanya balik bende yang kita dah terang [sabo jek la].......tapi budaknya sangat sopan santun......baik budi pekerti, suka tgk dia..sejuk perut mak dia ngandungkan dia......sangat kreatif anak dara nih..suka bab dia buat kad...mmg kreatif dan cantik sekali.....lepas tu mmg full of integrity dan amanah, bagusla kalau semua org cam Nora, aman dunia tau....

DIAN - ini mmg kembar si Nina, kalau jalan berdua mmg nampak cam adik beradik tapi lain mak ngan bapak laaa.....sama kat certain parts ajek..huhuhu.....pendiam jugak tapi menang lagi Muzlee la. Dulu susah gak nak bercakap tapi skang boleh tahan tau. Dah pandai menjawab soalan yang diberi tanpa disuruh..hahhahah..ada perkembangan ye ko Dian. Kreatif gak anak dara ni, sentuhan kad dia mmg berbisa, cantik betul, rajin pun rajin......

KEMA - anak dara ni pun kategori rajin dan nampak bersungguh bila buat sesuatu benda tapi kalau ada yang tak puas hati akan direct disuarakan...[kira berani la ni]....kalau bagi latihan ke apa ke mmg dia la yang siap dulu, nampak cepat tangkap...keje sume pun pantas.....nampak kearah sukakan bende yang sempurna [ye ke kema...kalau saya salah betulkan ye]

IZZAH - haa..yang ni mmg masa mula2 dia masuk SLG ni , saya pun cuak tgk muka dia. Bukan apa sebab dia background agama kan..bila dipikir balik boleh ke dia faham apa yang saya ajar. Minta ke dia kat akaun nih, nampak cam susah jek. Satu lagi susah jugak nak dengar suara dia, susah nak dengar dia berbual. Kalau dalam kelas lebih jadik pendengar, bila kita tanya dia senyum ajek....risau pulak tgk tapi lama2 perubahan tu nampak ketara, dah boleh bergaul ngan org lain, dah boleh dengar sore dia.....hehehhe.....lega rasa..:D

LAH - mamat ni kekadang suka melayan jiwang karat dia..loyar buruk pun ada.....seia betul ngan awek dia yang sorang tuh..huhuhuh......duduk belakang dalam kelas....ntah apa2 yang dia buat, bila suh buat latihan Halim la sasaran dia, ntah paham ke idak apa yang kita ajar, tapi bab2 komputer mmg tabik spring la..pandai....tak kedekut ilmu tapi kesian ari tu moto kesayangan dia ilang..simpati betul....

NIZAM - yang ni mmg pantang nampak PC. Chatting aje kejenya, katanya membazir biarkan PC kosong....haii.....macam2..kekadang bende ni pun leh wat gaduh ngan kawan sekelas.....nizam..nizam....budaknya bagus..ada ciri2 kelako..boleh mempengaruhi org, esok ni bila kawin boleh jadik pemimpin yang baik, untung sape dapat budak nizam ni..huhuhu......bertanggungjawab jugaklah budaknya......suka tgk kalau dia bercakap masa serius. Tapi kalau suh dia buat keje yang dia tak suka mmg takleh kata apa laaa....cam nampak terpaksa jek....sabo je laaaa.......

Itu ajelah yang boleh saya kongsi dengan uols, banyak lagi nak citer tapi takpela selebihnya saya abadikan dalam hati.......Terima kasih sebab banyak memahami saya......sporting uols ni......saya sentiasa doakan dan berharap cita2 masing2 akan tercapai.........hingga jumpa di lain hari............

Wednesday, May 31, 2006

Selamat Kembali.......ZAI

Hmmm........semalam bermula la era diploma setelah hampir 5 bulan bersama dengan SLG BA. Rasa lain jek bila nak mula kelas diploma ni maklumla hampir setengah tahun jugak, lama tuh......heheeh...semalam pulak kelas berderet2 dari pagi sampai petang, memang 'marathon' betul. Penat jugak, tu belum start dengan kelas betul tu...baru jek membebel sikit2.....uols kan kenal puan zai camner kan.....heheehe......

Semangat tu masuk kelas awal...tunggu students tapi cam biasalaaa kalau semester baru mula memang la ada yang lom register la, ada yang dah register tapi tak masuk kelas la, macam2 alasan dorang ni, hampeh tul. Nasib baik first day for ur first class, but for ur next class no copromise at all ok.

Hari ni la baru sempat update blog sebab ada satu kelas jek ari nih tapi macam2 bende nak buat jap lagi. So, sebelum wabak bz melanda, baik ku update dulu blog ku ini...hehehehehehe

Kelas SLG sepenuhnya dah diserahkan pada En Jali, hmmmm...sedih jugak sebab tak sempat nak abihkan sepenuhnya dengan dorang tapi apa nak buat....I've no choice........apa pun harapnya dorang akan buat yang terbaik untuk final project tu nanti....just wait and see....okla nak start buat keje ni..pepehal kita minum duluuuuu......

Saturday, May 27, 2006

Lega...syukur kepada ALLAH.........Alhamdulillah......

Alhamdulillah...Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH s.w.t yang mencipta kita , sebaik2 kejadian.....bersyukur kerana masih diberikan nafas dan nyawa untuk meneruskan hidup ini yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Rasanya semalam merupakan antara hari2 yang penuh dengan dugaan. Cuba jugak nak menghadapi dengan hati yang kuat tapi kita hanya manusia biasa, tak lari dari kalah dengan dugaan dan cabaran tapi Allah masih sayangkan kita, ada ramai kawan2 yang membantu, thanks to KAK AZIE........pada yang mendengar pun hanya terima kasih mampu diucapkan...moga Allah je yang membalasnya.

So, hari ni barulah boleh menarik nafas panjang.......kembali tenang lepas bergolak semalam........rasanya bila pikir balik; ada lagi orang lain yang lebih kuat dan besar cabaran yang diterima, kalau dorang mampu nak atasi kenapa kita tak boleh?....

Jadi, marilah kita fikir-fikirkan........

Wednesday, May 24, 2006

Ready????

Tinggal lagi seminggu lagi bebudak ni nak present final project diorang, huhuhu, tak sabar rasanya nak tgk hasil diorang nih. Mana taknya, sebulan bagi masa siapkan projek, kalau hasilnya tak seperti yang diharapkan tak tau la nak kata apa.

Apa pun wish uols the best. Hopefully, apa yang uols buat sampai ke tahap yang Puan dan En uols harapkan..............................see ya...

Tuesday, May 23, 2006

ADuiiiii..banyaknya ..............................


Korang nampak tak gambar kat sebelah ni?...Inilah sebahagian dari kertas exam yang kene tanda..separuh dah siap.....huhhuh...aduii..bayangkan la...174 skrip kene siapkan dalam masa 3 hari..kalau aku tak tido langsung..berjaga 24 jam sehari pun lom tentu dapat siap wooooo........

Ni pun dah kira sikit jek sebab aku penah dapat dalam 200++ skrip.....fuhhhhh....tapi biasanya dalam seminggu kene siapkan..yang ni dalam 3 ari plak..gilo ke apo? Apa pun wish me all the best.

To all my students, siapkan projek uols k. Ada masalah bagitau, saya busy sikit skang.



Friday, May 19, 2006

Minggu Bz Sedunia.....kuang..kuang..kuang.........

Minggu ni agak biasa2 ajek sibuknya.....(ke buat2 sibuk zai ooiiii) Tapi dalam biasa tu gue sempatkan jugak update blogku yang tercinta ini...huhuhu.......time management penting tuh............Cuma Isnin ajek tak buat apa sebab baru balik dari trip..penat yang amat tapi apapun blog tetap kusentuhi ngan jari jemariku ini(heheh...cam bahasa novel lak..kah..kah...kah)

Kiranya Selasa la baru mula menjalankan tugas gue yang bermacam2 ni...as my permanent tugas..yelah ngajo SLG ni......tapi syukur jugak di saat dan ketika ini, budak2 tgh nak siapkan final projek so..tu dah dikira syukur jugak. Dapatlah update blog letak gambar masa gi PD ari tuh. Yang penting siapkan Linda punye markah untuk subjek dia.....jenuh jugak menanda ngan key in dalam sistem......[ingat senang ke oiii...sambung keje org..tunggang langgang beb..nasib baik otai yang buat, kalau idak..........]

Rabu pulak paginya sambung siapkan blog sebab bebudak ni marah gue tak letak gambo dorang dalam blog..so dgn ala2 berat hati la.....upload gambar ke blog..yang geram tuh punye le lembab dan part yang paling sakit ati tu bila nak tunggu gambar tu kuar tetiba kuar satu ayat berantu ni "the page cannot be displayed". Hangin tak kalau bende ni jadik kat korang....masalahnya bukan sekali tapi berkali2...so to my slg students....tgk tanda sayang saya kat uols...haaa..sanggup buat berkali2 gara2 nak memenuhi permintaan uols................ Tapi yang bestnya ari ni, ada org belanja sebab gue tolong dia..dapatla penajaan makan tghari sekali by OLYNN....TQ EK OLYNN..lain kali belanja lagi...SEBAB APA?..sebab tolong jaga peksa ganti Zakiah....dia nak suh Zakiah jadi panel untuk projek akhir IT.


Hari ni pulak Khamis......siapkan outcome Linda utk 2 subjek pulak..baru gue tau kene cover subjek Linda sampai 2 upenya...huhuhuhuh..nasib baik bagitau awal2...kalau idak kelamkabut................nasib baik sempat siap before petang....Ari ni pun sempat ngajo sorang student camner nak cantikkan blog nih....huhuhu..cam terer je ek..tapi apa salahnya kongsi ilmu yang kita ada kan.....Petang lak kene anta aqim ngan ainna wat normal check up kat klinik......tu prosedur biasa....takpelaaa......

Esok punye keje, maybe start tanda exam paper budak diploma, and petangnya tgk progress final project budak SLG.............so..just check it out.................................

Thursday, May 18, 2006

pIcS To bE sHaReD............

Hmmm..semalam update ngan gambar family kita, tak pasal2 kene marah ngan bebudak ni sebab gambar dorang takde...amboi2..buatla blog sndri..haaa..pastu tepekla seme gambar korang..hehehehe.....[jangan mareeee......]

Yang kat sebelah ni, 4 dara pingitan, dari kiri....muzlee, dian, nurul ngan nora......semua bujang lagi and rasanya still available kot..huuhuhuh..cepat2 sape nak contact gue......ni sebelum bertolak pagi kalau tak silap dalam kol 7 lebih gitu......sambil2 menunggu si sue ni so apa lagi posing la memasing.....[manis2 anak dara gue gitu.........]

Haaa... ni pulak masa barbeque malamnya, gue takde sebab sibuk tidurkan anak dalam bilik....ala..terkilan betul tak dapat join dorang nih...dah la bab makan2 tepi kolam lagi tuh..huhuh.......Yang tersengih sebelah kanan sekali Chef De Mission, En Jali, pantang org nak amik gambar, dia jek yang standby ready, yang lelain si Halim ntah bual apa ngan si Kema tuh, Marina pesal tenung Halim gitu....terpaut ke..nanti marah abang hang kat Utara sanaa nooo.....si Fauzi(hubby sue ) jek yang menten dok godek2 ayam tuh......

Kalau nak tau, grup ni dapat gelaran istana cawan....nak tau sebab apa?..sebab org suh buat istana pasir tapi dia punye seme design cawan kertas yang di'cilok' dari cawan kita utk buat minum..huhuhu..sabo jek laaa....harap tgh tu je yang ada design sket....weii..ni sape punye istana pasir a.k.a cawan ni? Raise ur hands!!!!!

Ini dua dara pingitan, Si Muzlee(berbaju oren)....gue Secret Admire dia ...yang si Nurul pulak(berbaju itam), Secret Admire gue...ish.ish..paham ke idak ni? Kalau tak paham, paham2 kan je laaa...huhuhuh..macam2 tau jek ada connection ngan puan awak ni....siap leh gambo sama2 kat dalam air tuh....Apa2 pun nice having both of you as my partner in SA's game.

3 bujang, 2 dara ngan 1 mak dara nih baru lepas abis buat istana pasir, first aktiviti kat pantai. Perghh.....tau la kita jadi judge, dia punye bising tuh aduii..susah nak adili..nasib baik puan awak ni adil dan saksama orangnya , kalau idak aku bagi jek grup laki aku menang...:D

Ini pulak masa sesi potong kek untuk mereka yang tak sempat menyambut b'day masa dalam program ni, yelah sian jugak...yang lelain siap ada celebration..utk dorang takde..cam tak adil pulak...so wujudkan jugak sesi nih..huhuh......

Wednesday, May 17, 2006

Bestnya kat Tepian Pantai......

Ni lah antara gambar2 yang diambil masa kat PD ari tuh...... Gambar anak dara comel tu si Ainna tengah syok main pasir...diam2 jek dia...student buat istana pasir dia pun sama tapi tak kasi kat area panas..suh main dekat2 sini jek.....posing maut jugak la anak daraku sorang ni.....Comel tak?..hehehe.....
Si Aliff ni pulak suruh posing berdiri, dia pegi mencangkung plak..dah la tu ngadap ke arah lain.....kepala je pusing ke kamera......tak teragak2 pakai spek ibu dia.....huhuhu...inilah bujang sulung....
Haaaaaa.......sikecik ni memang......pantang nampak kamera mmg sengih..senyum ajelaaa....sama cam abang dia..........murah rezeki nak oii.....letak spek tu lagi dia suka......nak bawak jalan tepi pantai masa ni tgh panas lagi.....relax dulu kat bawah pokok redup nih.........
Masa ni dah abih aktiviti, aktiviti bebas la pulak..apa lagi masuk la cepat kat dalam air, tak plan asalnya nak mandi tapi nak bawak si Aliff ngan Ainna mandi terpaksalah ke sana jugak...dah abis basah baju ..huhuhu..sensored beb....hehheheh.....

Apa2 pun memang seronok dapat bawak family pergi cuma terhad dgn aktiviti yang student buat aje laaa.....Weii..korang, apa kata lepas ni kita pegi air terjun nak tak?..........Jom kita bincang................hehhehe..........

10 Biggest Brain Damaging Habits...........

1. No Breakfast - People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.

2. Over-eating - It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

3. Smoking - It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.


4. High Sugar Consumption - Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.

5. Air Pollution - The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air deceases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.

6. Sleep Deprivation - Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.

7. Head covered while sleeping - Sleeping with the head covered, increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging fects.

8. Working your brain during illness - Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

9. Lacking in stimulating thoughts - Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.

10. Talking Rarely - Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain.

Wanita dan Firasat Warna.............

UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia pada suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.

So guys, which one is yours?

Tuesday, May 16, 2006

Penatnya......

Adui..hari ni hari penat sedunia kita...uwaaa...sakit2 badan...sakit otak..semua la sakit....fizikal dan mental....................cuti ujung minggu 3 hari ni memang dimanfaatkan sepenuhnya.......2 hari pertama pegi Port Dickson...the next day balik kluang.....fuyyooo..ni memang jalan2 abis tapi tu la..semua sakit badan...........

Mana taknya masa kat PD kan ke angkut seme anak2 tu....langsung la takleh join aktiviti dorang....dah kene jaga anak...Aqim lagi la takleh nak tinggal langsung, kalau orang lain pegang then nampak ibu dia mesti nak ikut punye...aduii..tension pulak...........yang dua org tu mmg la tak jaga sangat tapi yelah nak kene pantau jugak..bebudak lagi lom berakal sangat..kang sape yang susah...aku jugak.........

Esoknya, ahad pulak pepagi buta dah kene balik kluang sebab nak uruskan pasal umah..aduiii..........nak taknak kene balik..sebab urgent kan....heheeh......alhamdulillah dapat jugak hajat nak memiliki umah...........umur dah masuk 30 an baru beli umah kalau org lain muda2 lagi dah ada umah..takpelaaa.......better than nothing.......

Ari ni aje rasa sangat..sangat...penat.........dengan tak cukup rehat, tak cukup tido....perghh......nak masuk kelas pun tak larat..tgk tangga jek rasa tak larat..huhuhu..nasib baik bebudak tgh wat final projek, kalau nak kene mengajo aduiii...bercinta rasanya......huhuhu.......

Okla.....nak citer panjang2 tak larat...rasa lenguh tangan ni......nanti la sambung citer lagi....siap update dengan gambar sekali ek......so...bubye........

Friday, May 12, 2006

cErItA BaSi TaPi MeNaRiK...................

Terlupa la nak tunjuk gambar ni masa my 30th celebration birthday on 14th April baru ni. Yang kat atas tu, present dari my SLG students, cantik tak?....sangat terharu..siap buat surprise bufday party.....heheeh..ngan hadiah lagi....very meaningful...apapun tq uols, hanya Tuhan dapat membalas. Tahun depan boleh bagi lagi..hehehhehe
Yang kat sebelah ni pulak birthday cake by my colleagues(all lecturers) ...ni pun dapat wish belated sebab masa 14th April ada audit dari KL ngan grup MSC datang wat check up..so dorang buat masa Academic meeting on 25th April...pun surprise gak sebab ingat purposely datang utk meeting..tup..tup...ada kek atas meja..heheh....takpela...itu tandanya kawan2 masih ingat kat kita...heheh...

Tapi, one thing kat sini ; especially lecturers, kitaorg mmg baik macam adik beradik, takdela lagi la nampak cam spesies kawan makan kawan, tak macam tempat2 lain. So, sangat berharap, perhubungan sebegini kekal sampai bila2. Itu sebabnya, sesape yang dah berenti dari sini(esp. lecturer) kebanyakan laa(i'm not saying all) mesti nak rujuk kat sini balik..hehe...guna term nikah kawin pulak...huhuhu...

Apa2 pun..aku sayang kawan2 aku dan students aku...LOVE U ALLL..MMUUAAHHHSS....

1 ari lagi....bestnya....

Waaaaaaaaaaaaaaaa..........tak sabarnya nak gi esok...bestnya.......ishh..mengalahkan student kita pulak...control zai..control....hehehehheh....dah lama jugak tak gi jalan2 rehatkan kepala...bawak anak2....biasa pun mmg la jalan2 tapi balik kampung itu ajek.....

Kali ni dapat rehat, stay satu malam, bawak anak2 pun takde hal, ramai bibik yang nak menjaga...siapa?...sape lagi student kita la yang bakal menjadik bibik dorang..hahahahha (jangan marah uols, nanti cepat tua)....apapun ari ni kene bincang dalam kelas all the final preparation takut terlupa..kene review balik seme perkara....hmmmm.......

okla...nak sambung balik pikir pasal esok......Plan B mmg kene buat...kalau idak.......huhuhuh.....so doakan kitaorg sukses dalam cuti-cuti SLG ni........adios..............

Thursday, May 11, 2006

Kebesaran Allah.....

Mesti ramai yang pelik kenapa kita tunjukkan gambar2 ni kan?.......Apa pendapat uols?......Sebabnya, kita suka tengok langit masa keadaan macam tuh..sangat..sangat..sangat cantik.....rasa tenang ....rasa insaf dengan kebesaran Allah......
Rasanya bila tengok langit tu dapat ketenangan especially kalau tengah sedih ke stress ke marah ke........semua tu boleh hilang, boleh jadi cool balik.....huhuhuhuhu.......Satu lagi kita suka kalau hujan turun, rasanya rahmat Allah s.w.t berikan pada umatnya.......masa tu kalau minta doa pun insya Allah dimakbulkan (kalau salah bagitau ye)........
Ini bukannya maksud kita tak suka dengan keadaan atau suasana yang lain, semua ciptaan Allah ada keunikannya tapi inilah kesukaan kita.................Sorilah kalau tak cantik atau tak terang gambarnya sebab amik pakai handphone kamera, so biasalaaa....and of course tak pandai amik sangat ikut angle yang tertentu.....hehehe...apa2 pun puas hati la ......

Cuti-Cuti Malaysia..............

Bestnya ujung minggu ni dapat jalan2 bawak satu family. Tapi bukan suka2...kene bawak students sebenarnya....takpela....saja jalan2....tapi tak sah kalau bebudak kita tak jalan2, biasanya kat sini kalau lecturer yang rajin bawak budak gi trip..puan zai la tu..heheheh.......

Stay kat Tiara Bungalow for 2 days 1 night.......siap full package....dengan aktiviti, makan2, minum2, barbeque......nanti bila dah balik, kita update gambar kat sini ye.......berkonvoi dengan 4 keta nanti..mesti bestkan......tak sabarnya......

Wednesday, May 10, 2006

Gila Blog........

Heheheh..akhirnya berjaya gak aku mengerjakan blog ni sampai jadik cantik (aku la puji sape lagi nak puji..huhuhuhu).......cantik tak korang.......penat berbaloi.......seharian mengerjakannya.....fuhhhh...sampai tak makan tghari lagi tuh....takpe..janji dapat yang canteek punye..

oklaa..nak gi jumpa students jap..nak bagi surat kat SA........adios......