Friday, June 23, 2006

SaTu KeSeDaRaN................

Kita adalah lebih baik, bukan bermakna mahu bermegah. Bukan juga membawa maksud bangga diri. Tidak juga bermakna harus berserah nasib. Apabila kita berasa putus asa, kecewa dan tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara kita merenung semula kedudukan diri kita, kita harus bersyukur bahawa sebenarnya masih ada orang yang lebih susah, lebih malang dan lebih tidak bernasib baik.

Misalnya apa bila kita rasa tidak mewah, sebenarnya ada orang yang lebih miskin daripada kita, jika kecewa dengan pekerjaan yang tiada peningkatan dari segi jawatan mahupun gaji sebenarnya masih lagi ramai orang tiada gaji dan jawatan. Mengapa gusar dengan apa yang anda miliki? Jika kita sering bersyukur dengan apa yang ada , jiwa kita akan tenang. Ini akan membuatkan kita berusaha untuk menjadi lebih baik daripada semalam ataupun daripada orang lain.

Walauapun beberapa ketika dulu, pernah menasihatkan anak remaja dengan mengatakan untuk maju seseorang itu harus sedia berdaya saing. Dan apabila mahu bersaing, kita harus bersaing dengan orang yang lebih baik daripada kita. Dengan itu, baru kita sedar sejauh mana tahap keupayaan kita. Biarpun kedua-dua kata nasihat ini berbeza nada tapi tetap merasakan ia membawa makna yang sama. Iaitu kita jangan selalu berasa rendah diri atau lebih malang daripada orang lain dan
untuk maju kita harus ada kayu pengukur untuk mengukur nilai kemajuan kita itu.

Dalam kehidupan kita, sejak azali lagi kita sudah bersaing.Untuk lahir ke dunia juga kita bersaing dengan berjuta-juta sperma lain dan kitalah juara apabila berjaya menjadi janin dan lahir sebagai manusia ke dunia ini. Persaingan selepas itu tidak pernah berhenti sehingga sekarang. Jadi jangan mudah putus asa dan berasa diri tak berguna, kerana kita sudahpun diciptakan oleh Allah untuk mendiami dunia ini sementara menuju jalan pulang ke akhirat. Selagi kita mahu melakukan sesuatu yang baik dan memperbaiki kelemahan diri dalam apa jua bentuk yang menuju kearah kebaikan, kita akan kekal menjadi ORANG YANG LEBIH BAIK.

No comments: