Sebenarnya takde apa pun yang nak diberitau, cuma nak berkongsi kisah suka dan duka kerana adakalanya setiap perkara tak boleh dikongsi dengan orang tersayang. Dah 30 tahun hidup dan rupa-rupanya dah banyak perkara yang dilalui...semua la pahit, manis, masin, masam.
Salah satunya dugaan dan cabaran hidup yang semua orang akan lalui cuma ianya berbeza kan? Itu sudah pasti, ntah kenapa bila duduk sorang2 ni, rasa fikiran melayang pada semalam dan hari2 sebelumnya ...ditambah pula terbaca blog seorang makhluk Allah yang telah menginsafkan diri ni bahawa hidup mmg sentiasa penuh dengan dugaan..sampai bila2 dan tidak akan berakhir hinggalah kita menutup mata dan mengadap Nya.
Bila fikirkan soal ni jadi takut pulak, kita sebagai umatnya memang diwajibkan mengingati mati. Sudah penuhkah amalan kita, sudah sediakah kita, sudah bermaafan kah kita? Banyak persoalan yang perlu kita jawab sebelum bersedia untuk menemui Nya. Tapi tahukah kita bila masanya? Jawapan yang sudah pasti setiap orang boleh jawab.
Banyak lagi perkara yang nak dibuat sebelum menutup mata, lebih2 lagi bila dah berkeluarga ni. Anak2 sudah pasti tumpuan utama, Aliff, Ainna dan Aqim. Permata hatiku. Dulu pun tak menyangka akan berkahwin di usia 25 tahun dan mempunyai 3 anak sebelum 30 tahun (kira xpress la tuh...hehehh....rezeki sebenarnya...Syukur kepada Allah). Tapi kalau diikutkan banyak bende nak dicapai sebelum umur 30 tapi tak kesampaian. Antaranya, nak beli rumah, tapi mungkin berganti sebab sempat beli tanah yang hanya sekangkang kera (orang kata kalau nak buat banglo memang boleh sangat). Itu pun dah syukur dan kalau takde awal melintang insya Allah tahun depan dapatla beli sebuah rumah, dalam proses pembinaan je. Tunggu aje la macam mana nanti.
Muhasabah diri amat penting bagi memperbaiki diri sebenarnya. Banyak bende yang perlu diperbaiki, antaranya
- sebagai seorang isteri, adakah aku ini isteri yang baik? Hanya hubby ku saja dapat menjawab.
- sebagai seorang ibu, berjayakah menjadi seorang ibu? Tengokla pada putera puteri ku.
- sebagai seorang anak, ini kene tanya mak ngan abah laaa kot..heheh.
- sebagai seorang pekerja, tn aji! saya ni ok ke kat sini? camner performance saya? students!..saya ok ke?
- sebagai kawan2, semua kawan2 saya..camner saya, ok ke tak?
- yang paling penting pengurusan diri ni....hidup dah semakin mencabar....hmm...kene listkan ni...heheheh.....
- akhir sekali sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w dan makhluk Allah s.w.t......Dah cukup ke amalan ni?
Walau apa2 pun, setakat ni masih enjoy dengan my life......life goes on...apapun masalah akan cuba diatasi dan ditangani dengan baik berpegang pada prinsip THINK POSITIVE dan SENTIASA BERSYUKUR PADA ALLAH S.W.T.
Ok la tgh sibuk cari accomodation untuk trip next week ni. Apa lagi bawak students laa. Macam biasa.......so tunggu next episode k. STAY TUNE....
No comments:
Post a Comment