Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Saturday, December 09, 2006
Lembapnya..........
Friday, November 24, 2006
10 sikap buruk manusia yang dicela Allah
Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).
5. Kedekut
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
*taken from virtualfriends.net
Tuesday, November 14, 2006
???
rasanya macam dah lama tak jenguk kat blog ni...Ala2 dah berabuk kot..bukannya tak nak update tapi terlalu sibuk ngan kerja dan kelas2 yang takkan abis2 pun sampai bila. Nak kata tension tu takde la.Memula jek dok mengomen dgn kelas yang penuh pastu bz tanda semua kerja student now baru lah boleh adapt ngan semua situasi tuh....hehehhe...
lately ni pun banyak betul peristiwa yang begitu tragis, mencabar kesabaran, keimanan dan ketakwaan ni......dugaan betul tau......rasanya macam hopeless pun ada....PASRAH....boleh ke buat kesimpulan gitu..susah rasanya nak diungkaikan...masalah macam datang bertimpa2 plak..tak larat rasanya beban nak ditanggung........tapi apapun hidup mesti diteruskan LIFE GOES ON...hidup sekarang untuk anak2 dan keluarga tercinta.....kekadang rasanya tak daya nak meneruskan hidup ini tanpa ada kekuatan diri dan dari orang tersayang..........
masalah yang datang pun susah nak dikongsi ngan sesiapa pun sebab rasanya susah nak diluahkan.....terlalu peribadi untuk diceritakan.....[bak kata sesetengah org]..memang betul...hanya tangisan aje dapat mengurangkan kesedihan...kekadag bila pikir apa dosa aku sampai aku diperlakukan begini tapi REDHA.....dan berpegang pada prinsip THINK POSITIVE.....lah hidup ni diharungi dengan penuh ceria.......
mungkin bila dipikirkan balik agaknya inilah balasan yang diperolehi atas dosa2 yang lepas2.........TUHAN MAHA ADIL......MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENYAYANG.....setiap apa yang terjadi ada sebab musababnya....redha ngan semua kejadian yang berlaku dan dari itulah menjadikan kita sedar dari semua kelalaian......
Saturday, November 11, 2006
Friday, September 29, 2006
Bertanya Kabar..........
rasanya cam dah lama tak mengemaskini blog ni. Bukan apa la....semester ni sangat sibuk sebab jadual mmg pack gila, dgn pertambahan student yang mendadak, rasa nak tercabut kepala lutut ni..hehheh......satu lagi dengan pertambahan dua subjek baru ..lagi la tahap ke'bz'an tu terserlah...huhhuhuh..sampai kekadang rasa satu tahap tuh nak amik cuti and relaxkan badan, minda.....sangat penat beb.
Kat umah pun sama gak melayan, askar2 ku yang hebat2 belaka macam ibu dia..hehehehhe.....Aliff pulak skang makin petah bercakap.....boleh tahan tuh, bila ingatkan balik..oo..masa mengandungkan dia dulu memang la suka bercakap. Bukan dia je, ketiga2 sekali...huhuhu...si Ainna pun sama gak......petah bercakap...suka dengar kan kekadang bebudak ni membebel ....hehhehe..[teringat macam aku jugak dulu......ptuihhh!!!!] Aqim pun sama tau.....tgh nak melayankan dia....sibuk nak belajar berjalan.......mulutnya pun leh tahan petahnya........LIKE MOTHER LIKE SON........:)
Bulan puasa ni pun sama la cam dulu2, begitu je cuma time ni relax sebab sebelum ni dah dua kali puasa....dalam pantang[ainna ngan aqim]......cuma nak kene plan utk raya nanti sebab biasalah kan nama pun raya mmg nak pakai duit banyak........
Wednesday, August 30, 2006
Macam-macam hal ye......
Kat TV pun citer, radio pun citer, paper pun citer and yang palin best bila bukak email pun bersepah2 citer pasal bende tuh....addduiiiiii..pening kepala akakkkk ni...........lastly layan tgk VCD kartun ngan anak2 jek, lagi best....siap gelak2 lagi........
Sebenarnya, bukanlah bermaksud tak boleh menayangkan atau mengwar2kan berita tu tapi tgk jugak la situasi...sampaikan peristiwa yang penting macam Isra' Mikraj mahupun Hari kemerdekaan Negara dipinggirkan begitu sahaja......Patut ke gitu? Sedih tgk masyarakat kita, cuba kita tanya apa yang berlaku pada 21 Ogos ari tu, agak2nya ada tak menjawab berlakunya peristiwa Isra' Mikraj, rasanya dalam 1000 pun belum tentu ada 1 yang menjawab ada. Kebanyakannya menjawab perkara yang sama....majlis pernikahan siti and datuk K....eiiiii...bosan.....begitu kuat pengaruh media skang ni..takut betul tgk........kiter ada anak2 yang kecik lagi ni..tak tau la macam mana esok ye.....
Thursday, August 24, 2006
Tubuh perlu 40 nutrien
ADAKAH anda sedar, setiap kali membeli makanan, sama ada yang sudah masak atau bahan masakan, anda sebenarnya melabur untuk kesihatan? Sebagaimana pelaburan lain, pembelian makanan juga perlu dilakukan dengan bijak dan berhati-hati supaya pelaburan itu tidak sia-sia.
Dalam membuat pelaburan ini, seperkara perlu diingat ialah tiada makanan boleh dianggap baik atau tidak baik. Baik buruk sesuatu makanan itu sebenarnya terletak kepada tabiat pemakanan kita kerana semua makanan boleh dimasukkan ke dalam kategori ‘baik’.
Wanita selalunya lebih mengambil berat terhadap kesihatan suami dan anak tetapi lupa untuk menjaga diri. Tidak kira berapa umur kita, penjagaan kesihatan perlu dimulakan hari ini juga dan cara terbaik untuk memulakannya ialah dengan menjaga pemakanan.
Pengurus Kanan Perkhidmatan Makanan dan Dietetik, Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw-John, berkata kita memerlukan lebih 40 jenis nutrien untuk kekal sihat. Bagaimanapun, tiada satu pun makanan dapat membekalkan semua keperluan itu. Ini sebabnya kita digalak mempelbagaikan jenis makanan setiap hari.
Pemilihan makanan kita dipengaruhi beberapa faktor iaitu budaya, cita rasa, pengetahuan mengenai khasiat, kepercayaan dan praktikal yang merangkumi soal harga, kemudahan serta tahap kelaparan.
Sememangnya kita akan makan apabila terasa lapar. Namun ramai antara kita kadangkala keliru antara rasa lapar dan selera atau keinginan untuk makan. Lapar adalah tanda badan memerlukan makanan. Anda lapar apabila perut mula ‘berkeroncong’, terasa sakit kepala, sukar menumpukan perhatian dan mudah terganggu.
Manakala keinginan untuk makan pula boleh didorong oleh bau makanan yang harum seperti roti atau kek, melihat orang memasak, menonton iklan makanan atau sekadar membaca menu walaupun perut masih kenyang.
Ia boleh mendorong kepada tabiat pemakanan yang buruk walaupun makanan dipilih itu berkhasiat. Tenaga berlebihan ini akan disimpan sebagai lemak dan pelaburan seperti ini boleh menyebabkan berat badan meningkat tanpa disedari.
“Masalahnya ialah, orang kita jarang memberi tumpuan terhadap apa yang masuk ke badan. Contohnya penduduk Malaysia mengambil gula dua setengah kali lebih banyak daripada jumlah disarankan. Tidak hairan ramai alami kencing manis. Bagaimanapun ia bukan bermakna gula tidak baik, tetapi perlu berhati-hati dengan gula yang terselindung dalam makanan.
“Kunci utamanya ialah bersederhana, makan ikut waktu dan amalkan pemakanan seimbang. Kita juga perlu bijak memilih kerana ada makanan diperlukan untuk membersihkan perut seperti makanan kaya serat,” katanya ketika bengkel Kesihatan dan Pemakanan anjuran Nestle (Malaysia) Berhad.
Antara makanan yang berfungsi sebagai ‘penyapu’ membersihkan usus ialah makanan berserat seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta pelbagai jenis bijirin supaya bahan toksik dapat dikeluarkan dari badan.
Ia juga membuatkan kita berasa cepat kenyang dan puas kerana mengandungi banyak air yang membantu melancarkan perjalanan bahan yang perlu dibuang dari usus.
Easaw berkata, diet yang baik harus bermula dari rumah iaitu sebelum bergegas ke tempat kerja. Sarapan ringkas seperti bijirin dengan segelas susu memadai untuk mengalas perut.
Sememangnya selera atau keinginan untuk makan sukar disekat. Justeru, ada yang menyimpan snek di rumah atau pejabat. Namun, snek tidak boleh dijadikan pengganti sajian utama. Ia diambil untuk mengatasi rasa lapar di antara waktu makan. Justeru, pilih snek rendah lemak seperti popiah basah, sandwic, biskut kaya serat atau yogurt rendah lemak.
Lebih baik jika dapat menjadikan buah-buahan sebagai snek kerana dengan cara ini kita boleh merealisasikan saranan mengambil lima hidangan buah dan sayur setiap hari. Jika tidak pun, ambil ulam ketika makan tengah hari kerana sayur yang tidak dimasak mengandungi banyak antioksidan.
“Walaupun disaran makan buah sebagai snek, pilih buah bersaiz sederhana atau kecil. Amalkan kaedah realistik jika mahu mengubah tabiat pemakanan. Perubahan diet bukan bermakna mengetepikan sesetengah jenis makanan, sebaliknya sajian diambil mesti bersederhana dan seimbang.
“Ketahui kandungan lemak dalam makanan yang kita ambil. Pada menu hidangan Barat contohnya, perkataan seperti krim, ‘pan-fried, buttery, sautee atau au gratin’ bermakna mengandungi lemak. Luangkan masa belajar mengenai istilah yang digunakan dalam masakan, terutama makanan dari luar,” katanya.
Selain itu, perhatikan saiz hidangan dalam pinggan setiap kali kita makan. Makanan rendah kalori pun boleh membekalkan tenaga berlebihan jika saiz hidangan besar, melebihi jumlah kalori harian yang diperlukan badan.Jika makan di luar, minta saiz hidangan kecil.
Jika tidak faham istilah digunakan dalam menu, jangan segan bertanya mengenainya atau bagaimana hidangan itu disediakan.“Jika masak sendiri di rumah, belajar menjadi lebih inovatif. Cuba kaedah panggang, kukus atau rebus untuk mengurangkan makanan bergoreng. Gunakan herba dan perasa semula jadi seperti asam jawa, serai, cuka, serbuk kari atau rempah lain untuk menaikkan rasa. Kurangkan penggunaan garam kerana kita hanya memerlukan satu sudu teh garam sehari.
“Namun paling penting ialah ketahanan diri. Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran ‘makan selagi boleh’ atau ‘bernilai untuk wang anda’ kerana ia boleh menyebabkan kita makan melebihi keperluan.,” katanya.
*sumber dari harian metro[kesihatan]
Tuesday, August 22, 2006
Khasiat air
“MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.
Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.Kesan kekurangan cecair.
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
Tuesday, August 15, 2006
KOnvokesyen Apit....5 Ogos 2006
Inilah adik yang baru abih je konvo di KUTKM dalam minggu lepas.......hmmm......majlis konvo kat Dewan Seri Negeri Melaka. Tak sempat pun tgk majlis terima skrol tapi sempat masa last, time amik gambar..hehehhe.......
Bangga ngan adikku ini sebab berjaya mengikut jejak kakak2nya yang lain menghabiskan pengajiannya...tinggal yang bongsu tu laaa...hmmm...tahun ni nak SPM..ntahlaaaa.....Sekarang ni sibuk pegi interview sana sini...amik degree kejuruteraan elektronik....takpe..peluang keje banyak especially utk lelaki.....
Tuesday, August 08, 2006
Ada Tokoh Tak?
Ustazah Nur Ainna bt Azhar......
Friday, August 04, 2006
Friday, July 21, 2006
Untuk Renungan Bersama
Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa, InsyaAllah, Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.
Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun. Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.
Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin. Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.Allahu 'alam
Assalamualaikum, UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.
Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
> > >Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
> > >Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.Nota:
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Wassalam.
sharing is caring.........
Wednesday, July 19, 2006
36 cara untuk lebih hebat.....
1. Jgn tiru gaya org lain. Cari satu keistimewaan @ persamaan yg boleh anda gunakan, mungkin warna dan cara solekan mata cthnya.
2. Jgn membuat perubahan mendadak. Secara psikologi, perubahan berperingkat2 lebih bagus drpd perubahan yg dibuat secara mendadak kerana anda boleh membina keyakinan diri setiap kali anda membuat perubahan.
3. Rambut adalah satu aset yg penting yg mampu menghasilkan perubahan dan imej yg berbeza. Hati2 sebelum memotong @ menukar gaya. Dptkan nasihat jurudandan anda terlebih dahulu.
4. Pilih warna pakaian sesuai kedudukan dan kerjaya. Jika di bidang korporat, adalah sesuai anda menggunakan warna2 yg membuat penampilan nampak " I mean business" dan hebat.
5. 6 bulan @ setahun sekali dptkan makeover di pusat membeli-belah yg biasanya membuat promosi solekan dan nasihat percuma bila anda membeli barangan kecantikan.
6. Bertukar2 haruman. Jgn gunakan sesuatu haruman lbh 30 hari! Tahukan anda haruman berupaya menukar mood @perasaan anda? Bila anda sukakan haruman yg anda pakai, percayalah kegembiraan itu akan menyerlah di wajah anda pada penampilan anda. Dan setiap haruman mempunyai bau dasar tersendiri misalnya, dasar bunga lebih romantik, limau dan tumbuhan mencetuskan kesegaran dan keceriaan sementara bauan rempah boleh menghasilkan satu keyakinan.
7. Gincu bibir memainkan peranan ptg menyerlahkan wajah dan membuat org mengingati anda dgn warna yg anda pakai. Seeloknya tukar warna gincu bibir setiap hari spy org tdk berpendapat bhw mereka berhadapan dgn 'tembok' yg sama.
8. Jika ingin mencuba warna terang dan lantang ttp tdk berani, gunakan teknik berperingkat.
9. Kunjungi salun rawatan wajah. Dpt rawatan facial nyahtoksin dan kembalikan kesegaran.
10. Kunjungi spa @ pusat riadah. Kunjungan ini mampu membuat anda berasa segar dan sentiasa bertenaga.
11. Bersukan boleh menyegarkan badan dan memberi anda peluang menghabiskan sedikit masa bersama teman dan lari drpd ketegangan masalah keluarga serta tugas harian. Pastikan anda berbual ttg perkara yg menyeronokkan, luar skop kerja dan keluarga.
12. Bersenam. Jika anda tdk pandai bersukan anda masih boleh membuat aktiviti utk kesihatan mll bersenam spt aerobik, tai chi dan sebagainya yg bukan shj menyeronokkan badan ttp melegakan fikiran.
13. Hentikan merokok. Selain menganggu sistem tubuh, merokok membuat anda kurang bergaya @ kurang 'cool' kerana ia memberi gambaran seseorg itu sedang berserabut fikirannya. 14. Makan makanan yg boleh membuat anda gembira dan ceria spt kek, coklat, cip kentang dan sebaginya asalkan jumlahnya tdk keterlaluan.
15. Elakkan makanan proses dan berlemak tinggi secara berlebihan kerana ia boleh mengganggu dan melemahkan sistem tubuh dan seterusnya membuat kulit dan badan anda tdk sihat. Dgn cara pemakanan dan makanan yg kita makan hari ini, supplement@ zat tambahan adalah penting. Pastikan anda mendapatkan vitamin, galian dan zat tambahan yg diperlu.
16. Dptkan nasihat doktor anda apa yg anda perlukan dan jenama terbaik utk anda.
17. Jgn abaikan kasut dan beg tangan. Walaupun kasut dan beg tangan dipakai utk keperluan tertentu, anda patut suaikan beg tangan dan kasut dgn pakaian jika ingin penampilan anda hebat dan berkesan.
18. Pastikan kasut anda dilap bersih dan tdk berlumpur di tumit. Ia mencactkan penampilan dan menggugat kepakaran kerjaya anda.
19. Sederhana utk korporat. Pakai perhiasan spt anting2, rantai dan gelang sederhana dan kecil jika anda di bidang korporat. Begitu pun anda boleh mencuba yg agak besar jika berani ttp pastikan ia sesuai gaya, pakaian dan peribadi anda.
20. Elakkan kerlipan! Utk aktiviti @ tugas siang, cuba elakkan perhiasan, pakaian juga solekan yg berkilat @ berkilau. Mungkin ia sesuai utk digayakan pd waktu mlm.
21. Beg kerja hasilkan gaya hebat. Beg kerja @ briefcaseamat sesuai bg anda yg berada di peringakt eksekutif. Selain menampilkan gaya hebat anda nampak serius dlm tugas.
22. Cuba maskara. Ramai wanita tdk begitu minat menggunakan maskara kerana bimbang nampak terlalu bersolek. Begitu pun pemakaian selapis maskara mampu memperindahkan mata dan keseluruhan wajah serta membuat mata nampak segar bersinar.
23. Air penting utk kehidupan. Pastikan sebotol air galian di sisi setiap masa; di meja pejabat, dlm kereta @pun beg tangan. Minum beberapa teguk setiap setengah jam utk mengembalikan kehilangannya. Ingat air menentukan perjalanan zat dlm darah dan bagus utk kulit. Cukup air, kulit segar dan anda tampil hebat.
24. Jgn sembunyikan kekurangan dgn ketara. Jika botak biarkan. Jgn ditutup kekurangan itu dgn rambut tepi. Ia mencacatkan penampilan dan membuat anda nampak spt kurang keyakinan diri.
25. Kasut bertumit hanya sesuai utk wanita. Lelaki pendek patut elakkan kasut bertumit krn ia nampak kelakar.
26. Pastikan tali leher diseterika rapi dan diikat kemas. Tai leher dipakai utk memberikan penampilan segak, tdk guna bertali leher jika ia hanya mencacatkan penampilan.
27. Selaraskan kasut dan tali pinggang. Warna kasut dan tali pinggang yg terselaras memainkan peranan dlm penampilan seseorg terutama lelaki. Percayalah kebijaksanaan menyelaraskan kedua2nya memberikan gambaran lbh meyakinkan.
28. Cukup tidur. Tidur penting utk memastikan proses pembaik pulih bdn berjalan lancar. Ingat! Kala and tidur sel2 tubuh bergiat cergas melakukan proses pemulihan. Sbb itu, tidur secukupnya penting utk kesihatan dan kecantikan.
29. Jaga kesejahteraan seluruh bdn. Penampilan hebat terletak pd penjagaan dan penyelarasan dr hujung rambut ke kaki. Pastikan tiada bahagian yg diabaikan.
30. Pastikan kuku sentiasa dipotong @ dibentuk dan dibersih. Bagi wanita pula, jika mahu mewarna kuku, pasti ia sentiasa berjaga dan tdk terkopek2. Ia memberi gambaran anda seorg yg tdk senonoh.
31. Jgn lupa memuji. Bukan memuji sepanjang masa ttp pd waktu yg sesuai dan bila perlu. Berikan pujian kpd ibu, bapa, suami, anak, rakan sekerja, anak buah di tempat kerja @ sesiapa shj yg layak menerimanya krn tindak balas mrk akan memberi seribu makna dlm hidup.
32. Penampilan yg hebat bukan hanya pd pakaian. Cara anda berjln, bertutur dan apa yg keluar drpd mulut anda juga mencerminkan keperibadian.
33. Jauhi sifat cemburu. Cemburu adalah 'penyakit' paling berbahaya krn ia boleh membuat seseorg terdesak bertindak liar, bercakap perkara yg tdk baik @ bersikap kurang cantik. Elakkan sifat ini dlm apa juga hal dan suasana krn ia pasti menyerlah di wajah dan membuat penampilan tercemar.
34. 'Keyakinan diri' pakaian paling hebat. Bina keyakinan diri krn ia penting utk penampilan hebat. Bagaimana bergaya @ trendy sekalipun anda, jika tiada keyakinan diri, penampilan pasti tenggelam. Tarik nafas dlm2 dan hembuskan mll mulut sebanyak 5 kali sambil berkata dlm hati, "Aku nampak hebat" sebelum tampil di khalayak setiap kali. Mudah2an ia dpt membantu.
35. Elakkan berpakaian sendat @ melekap tubuh di tempat kerja, jika anda berada di bidang yg serius spt pengurus dan sebagainya. Ia lbh sesuai digayakan waktu mlm bilamana anda lbh santai dan ingin berseronok.
36. Jadilah diri sendiri! Personaliti seseorg mencerminkan keindahan yg ada pd dirinya. Walau apa pun yg anda salutkan ke tubuh, semua itu hilang tanpa personaliti yg menarik.
Tuesday, July 18, 2006
KENAPA HATI TIDAK BAHAGIA?
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah,dlm semak ada duri,ayam kuning buat sarang,org tamak selalu rugi,cam anjing ngan bayang-banayng
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada(harta,ilmu amal dll)
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .
Nota: ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Thursday, July 13, 2006
Aktiviti Ujung Minggu....
Sunday, July 09, 2006
Kebesaran Allah...... part II




Suka betul amik gambar pemandangan ni....cantik betul..teruja...rasa kecik sangat diri ni dan kagum ngan kejadian Allah yang sangat cantik ni..........gambar ni masa perjalanan balik dari Segamat ke Muar...(lalu tangkak).........minggu lepas.....teman hubby pegi cari barang kereta Tredia dia tuh...huhuuh......
Saturday, June 24, 2006
Nur Ainna terkini............
Friday, June 23, 2006
SaTu KeSeDaRaN................
Misalnya apa bila kita rasa tidak mewah, sebenarnya ada orang yang lebih miskin daripada kita, jika kecewa dengan pekerjaan yang tiada peningkatan dari segi jawatan mahupun gaji sebenarnya masih lagi ramai orang tiada gaji dan jawatan. Mengapa gusar dengan apa yang anda miliki? Jika kita sering bersyukur dengan apa yang ada , jiwa kita akan tenang. Ini akan membuatkan kita berusaha untuk menjadi lebih baik daripada semalam ataupun daripada orang lain.
Walauapun beberapa ketika dulu, pernah menasihatkan anak remaja dengan mengatakan untuk maju seseorang itu harus sedia berdaya saing. Dan apabila mahu bersaing, kita harus bersaing dengan orang yang lebih baik daripada kita. Dengan itu, baru kita sedar sejauh mana tahap keupayaan kita. Biarpun kedua-dua kata nasihat ini berbeza nada tapi tetap merasakan ia membawa makna yang sama. Iaitu kita jangan selalu berasa rendah diri atau lebih malang daripada orang lain dan untuk maju kita harus ada kayu pengukur untuk mengukur nilai kemajuan kita itu.
Dalam kehidupan kita, sejak azali lagi kita sudah bersaing.Untuk lahir ke dunia juga kita bersaing dengan berjuta-juta sperma lain dan kitalah juara apabila berjaya menjadi janin dan lahir sebagai manusia ke dunia ini. Persaingan selepas itu tidak pernah berhenti sehingga sekarang. Jadi jangan mudah putus asa dan berasa diri tak berguna, kerana kita sudahpun diciptakan oleh Allah untuk mendiami dunia ini sementara menuju jalan pulang ke akhirat. Selagi kita mahu melakukan sesuatu yang baik dan memperbaiki kelemahan diri dalam apa jua bentuk yang menuju kearah kebaikan, kita akan kekal menjadi ORANG YANG LEBIH BAIK.
Tuesday, June 20, 2006
17 JUNE 2006.......................
Dah besar rupanya anak ibu nih, dah 4 tahun rupanya..pejam celik pejam celik.......2 tahun lagi nak sekolah..huhuhuh......makin besar makin petah bercakap..tak larat kadang2 nak layan dia......cakap pulak macam org besar...kelako kadang bila dengar dia cakap..terkejut pun ada sebab tak sangka boleh cakap macam gitu sekali.
Friday, June 16, 2006
Bz Tahap Maharaja...........Penat Tahap Maharani.....
Wednesday, June 07, 2006
Sedihnya......060606..........dalam kenangan
Hari ni dalam sejarah...060606...meninggalkan banyak kenangan dalam hidup saya........Mana taknya setelah 5 bulan berhempas pulas akhirnya dah ke penghujung jalan...........Banyak bende yang dah dilalui bersama dengan uols..pahit..manis...masam...masin....kelat..semuanya laaaa.......
HALIM- u're are a very good and obedient student.Memang sesuai jadik ketua kelas. Dengar kata, baik jek duduk dalam kelas tuh, tak penah bising, kiranya ala2 setia laaa. Cuma bila time ngantuk main boom jek kat deretan kerusi tempat dia tuh. Masa mula2 kenal, budaknya baik, diam, susah nak dengar dia cakap atau bual2 kosong[tapi tak tau la kalau belakang saya ye alim,.,.,.,.,].....tapi skang mmg loyar buruk....ada jek bende yang nak dicakap......spontan pulaknya tuh..heheheh...bila kita tanya suke buat muka blur pastu senyum jek.....
SUE- penolong ketua kelas..hehe....tapi dikalangan kawan2 org panggil kak sue. The one and only mummy dalam kelas with one child, nur iman saffiya. Comel anak sue...macam mak ngan ayah nya jugak.....putih, geram tgk....heheh...yang ni memang dalam kelas antara yang talkative jugakla...penyeri kelas..takdela senyap kelas tuh, kekadang buat kawan jugak bercerita tetapi lebih pada citer2 kekeluargaan, yelah kita ni kan mak2 kan sue?...heheheh.....sue ni matured orangnya, nampak adik2 semua respect kat dia, dari awal kelas hinggalah penghujung masih kekal dengan cara dan style dia yang berani, boleh bagi pendapat, duduk pun kat kelas depan sekali, rasanya dia pun leh nampak lubang idung saya bila mengajar.....hahahaaha......
NINA - haaa...yang ni toksah nak citer la, kalau dia takde mmg tak sah, kalau dia ada mmg gamat kelas tu jadiknya.Sangat pandai bercakap, memang sesuai kalau jadik lecturer. Suara dia jek sebatu boleh dengar {jangan marah ye nina]....sangat ceria orgnya.....chubby..comel......kalau dalam kelas tu bila tanya soalan, dia la yang paling rajin menjawab, tapi bila dia takde, pening kepala jugak nak minta yang lain jawab sebab kureeng sikit nak suh bercakap atau bagi idea ni...
MUZLEE - pelajar yang mendapat award paling senyap dalam kelas..huhuhu..mmg senyap pun minah sorang nih, susah nak dengar sore dia. Bayangla sepanjang 5 bulan kelas ni sangat susah nak dengar suara dia tapi orgnya rajin, sopan, polite..sesuai buat menantu...hehehe.....tak tau nak citer/ komen apa sangat sebab mmg azali style dia cenggitu, nampak jugak berbual tapi tak dengar sore dia, tapi tak tau la kalau saya tak nampak kan dia bising2 ke apa ke..heheh...
NURUL - ni minah kontroversi..huhuh..serba serbi....ada jek isu yang berjaya ditimbulkan.....suka betul gaduh ngan nizam..tapi perang mulut je laaa. Budaknya rajin, tangkas macam lipas kudung kalau buat kerja mmg pantas, cepat..........Suka tgk minah ni tang tahi lalat dia, agaknya itu pasal ada org yang berkenan [jangan marah nurul ye].
NORA - kawan2 suka panggil dia ni blur tapi mmg pun..huhuhu...[jgn marah nora]...kadang2 bila kita mengajar dalam kelas pun cam berangan ke apa ke boleh tanya balik bende yang kita dah terang [sabo jek la].......tapi budaknya sangat sopan santun......baik budi pekerti, suka tgk dia..sejuk perut mak dia ngandungkan dia......sangat kreatif anak dara nih..suka bab dia buat kad...mmg kreatif dan cantik sekali.....lepas tu mmg full of integrity dan amanah, bagusla kalau semua org cam Nora, aman dunia tau....
DIAN - ini mmg kembar si Nina, kalau jalan berdua mmg nampak cam adik beradik tapi lain mak ngan bapak laaa.....sama kat certain parts ajek..huhuhu.....pendiam jugak tapi menang lagi Muzlee la. Dulu susah gak nak bercakap tapi skang boleh tahan tau. Dah pandai menjawab soalan yang diberi tanpa disuruh..hahhahah..ada perkembangan ye ko Dian. Kreatif gak anak dara ni, sentuhan kad dia mmg berbisa, cantik betul, rajin pun rajin......
KEMA - anak dara ni pun kategori rajin dan nampak bersungguh bila buat sesuatu benda tapi kalau ada yang tak puas hati akan direct disuarakan...[kira berani la ni]....kalau bagi latihan ke apa ke mmg dia la yang siap dulu, nampak cepat tangkap...keje sume pun pantas.....nampak kearah sukakan bende yang sempurna [ye ke kema...kalau saya salah betulkan ye]
IZZAH - haa..yang ni mmg masa mula2 dia masuk SLG ni , saya pun cuak tgk muka dia. Bukan apa sebab dia background agama kan..bila dipikir balik boleh ke dia faham apa yang saya ajar. Minta ke dia kat akaun nih, nampak cam susah jek. Satu lagi susah jugak nak dengar suara dia, susah nak dengar dia berbual. Kalau dalam kelas lebih jadik pendengar, bila kita tanya dia senyum ajek....risau pulak tgk tapi lama2 perubahan tu nampak ketara, dah boleh bergaul ngan org lain, dah boleh dengar sore dia.....hehehhe.....lega rasa..:D
LAH - mamat ni kekadang suka melayan jiwang karat dia..loyar buruk pun ada.....seia betul ngan awek dia yang sorang tuh..huhuhuh......duduk belakang dalam kelas....ntah apa2 yang dia buat, bila suh buat latihan Halim la sasaran dia, ntah paham ke idak apa yang kita ajar, tapi bab2 komputer mmg tabik spring la..pandai....tak kedekut ilmu tapi kesian ari tu moto kesayangan dia ilang..simpati betul....
NIZAM - yang ni mmg pantang nampak PC. Chatting aje kejenya, katanya membazir biarkan PC kosong....haii.....macam2..kekadang bende ni pun leh wat gaduh ngan kawan sekelas.....nizam..nizam....budaknya bagus..ada ciri2 kelako..boleh mempengaruhi org, esok ni bila kawin boleh jadik pemimpin yang baik, untung sape dapat budak nizam ni..huhuhu......bertanggungjawab jugaklah budaknya......suka tgk kalau dia bercakap masa serius. Tapi kalau suh dia buat keje yang dia tak suka mmg takleh kata apa laaa....cam nampak terpaksa jek....sabo je laaaa.......
Itu ajelah yang boleh saya kongsi dengan uols, banyak lagi nak citer tapi takpela selebihnya saya abadikan dalam hati.......Terima kasih sebab banyak memahami saya......sporting uols ni......saya sentiasa doakan dan berharap cita2 masing2 akan tercapai.........hingga jumpa di lain hari............
Wednesday, May 31, 2006
Selamat Kembali.......ZAI
Semangat tu masuk kelas awal...tunggu students tapi cam biasalaaa kalau semester baru mula memang la ada yang lom register la, ada yang dah register tapi tak masuk kelas la, macam2 alasan dorang ni, hampeh tul. Nasib baik first day for ur first class, but for ur next class no copromise at all ok.
Hari ni la baru sempat update blog sebab ada satu kelas jek ari nih tapi macam2 bende nak buat jap lagi. So, sebelum wabak bz melanda, baik ku update dulu blog ku ini...hehehehehehe
Kelas SLG sepenuhnya dah diserahkan pada En Jali, hmmmm...sedih jugak sebab tak sempat nak abihkan sepenuhnya dengan dorang tapi apa nak buat....I've no choice........apa pun harapnya dorang akan buat yang terbaik untuk final project tu nanti....just wait and see....okla nak start buat keje ni..pepehal kita minum duluuuuu......
Saturday, May 27, 2006
Lega...syukur kepada ALLAH.........Alhamdulillah......
Rasanya semalam merupakan antara hari2 yang penuh dengan dugaan. Cuba jugak nak menghadapi dengan hati yang kuat tapi kita hanya manusia biasa, tak lari dari kalah dengan dugaan dan cabaran tapi Allah masih sayangkan kita, ada ramai kawan2 yang membantu, thanks to KAK AZIE........pada yang mendengar pun hanya terima kasih mampu diucapkan...moga Allah je yang membalasnya.
So, hari ni barulah boleh menarik nafas panjang.......kembali tenang lepas bergolak semalam........rasanya bila pikir balik; ada lagi orang lain yang lebih kuat dan besar cabaran yang diterima, kalau dorang mampu nak atasi kenapa kita tak boleh?....
Jadi, marilah kita fikir-fikirkan........
Wednesday, May 24, 2006
Ready????
Apa pun wish uols the best. Hopefully, apa yang uols buat sampai ke tahap yang Puan dan En uols harapkan..............................see ya...
Tuesday, May 23, 2006
ADuiiiii..banyaknya ..............................

Korang nampak tak gambar kat sebelah ni?...Inilah sebahagian dari kertas exam yang kene tanda..separuh dah siap.....huhhuh...aduii..bayangkan la...174 skrip kene siapkan dalam masa 3 hari..kalau aku tak tido langsung..berjaga 24 jam sehari pun lom tentu dapat siap wooooo........
Ni pun dah kira sikit jek sebab aku penah dapat dalam 200++ skrip.....fuhhhhh....tapi biasanya dalam seminggu kene siapkan..yang ni dalam 3 ari plak..gilo ke apo? Apa pun wish me all the best.
To all my students, siapkan projek uols k. Ada masalah bagitau, saya busy sikit skang.
Friday, May 19, 2006
Minggu Bz Sedunia.....kuang..kuang..kuang.........
Kiranya Selasa la baru mula menjalankan tugas gue yang bermacam2 ni...as my permanent tugas..yelah ngajo SLG ni......tapi syukur jugak di saat dan ketika ini, budak2 tgh nak siapkan final projek so..tu dah dikira syukur jugak. Dapatlah update blog letak gambar masa gi PD ari tuh. Yang penting siapkan Linda punye markah untuk subjek dia.....jenuh jugak menanda ngan key in dalam sistem......[ingat senang ke oiii...sambung keje org..tunggang langgang beb..nasib baik otai yang buat, kalau idak..........]
Rabu pulak paginya sambung siapkan blog sebab bebudak ni marah gue tak letak gambo dorang dalam blog..so dgn ala2 berat hati la.....upload gambar ke blog..yang geram tuh punye le lembab dan part yang paling sakit ati tu bila nak tunggu gambar tu kuar tetiba kuar satu ayat berantu ni "the page cannot be displayed". Hangin tak kalau bende ni jadik kat korang....masalahnya bukan sekali tapi berkali2...so to my slg students....tgk tanda sayang saya kat uols...haaa..sanggup buat berkali2 gara2 nak memenuhi permintaan uols................ Tapi yang bestnya ari ni, ada org belanja sebab gue tolong dia..dapatla penajaan makan tghari sekali by OLYNN....TQ EK OLYNN..lain kali belanja lagi...SEBAB APA?..sebab tolong jaga peksa ganti Zakiah....dia nak suh Zakiah jadi panel untuk projek akhir IT.
Hari ni pulak Khamis......siapkan outcome Linda utk 2 subjek pulak..baru gue tau kene cover subjek Linda sampai 2 upenya...huhuhuhuh..nasib baik bagitau awal2...kalau idak kelamkabut................nasib baik sempat siap before petang....Ari ni pun sempat ngajo sorang student camner nak cantikkan blog nih....huhuhu..cam terer je ek..tapi apa salahnya kongsi ilmu yang kita ada kan.....Petang lak kene anta aqim ngan ainna wat normal check up kat klinik......tu prosedur biasa....takpelaaa......
Esok punye keje, maybe start tanda exam paper budak diploma, and petangnya tgk progress final project budak SLG.............so..just check it out.................................
Thursday, May 18, 2006
pIcS To bE sHaReD............
Yang kat sebelah ni, 4 dara pingitan

Haaa...

Kalau nak tau, grup ni dapat gelaran istana cawan..

Ini dua dara pingitan,

3 bujang, 2 dara ngan 1 mak dara

Ini pulak masa sesi potong kek

Wednesday, May 17, 2006
Bestnya kat Tepian Pantai......

Si Aliff ni pulak suruh posing berdiri, dia pegi

Haaaaaa.......sikecik ni memang...


Apa2 pun memang seronok dapat bawak family pergi cuma terhad dgn aktiviti yang student buat aje laaa.....Weii..korang, apa kata lepas ni kita pegi air terjun nak tak?..........Jom kita bincang................hehhehe..........
10 Biggest Brain Damaging Habits...........
2. Over-eating - It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.
3. Smoking - It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.
4. High Sugar Consumption - Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.
5. Air Pollution - The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air deceases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.
6. Sleep Deprivation - Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.
7. Head covered while sleeping - Sleeping with the head covered, increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging fects.
8. Working your brain during illness - Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.
9. Lacking in stimulating thoughts - Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.
10. Talking Rarely - Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain.
Wanita dan Firasat Warna.............
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.
HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.
BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.
KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.
MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.
BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia pada suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.
KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.
COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.
HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.
So guys, which one is yours?
Tuesday, May 16, 2006
Penatnya......
Mana taknya masa kat PD kan ke angkut seme anak2 tu....langsung la takleh join aktiviti dorang....dah kene jaga anak...Aqim lagi la takleh nak tinggal langsung, kalau orang lain pegang then nampak ibu dia mesti nak ikut punye...aduii..tension pulak...........yang dua org tu mmg la tak jaga sangat tapi yelah nak kene pantau jugak..bebudak lagi lom berakal sangat..kang sape yang susah...aku jugak.........
Esoknya, ahad pulak pepagi buta dah kene balik kluang sebab nak uruskan pasal umah..aduiii..........nak taknak kene balik..sebab urgent kan....heheeh......alhamdulillah dapat jugak hajat nak memiliki umah...........umur dah masuk 30 an baru beli umah kalau org lain muda2 lagi dah ada umah..takpelaaa.......better than nothing.......
Ari ni aje rasa sangat..sangat...penat.........dengan tak cukup rehat, tak cukup tido....perghh......nak masuk kelas pun tak larat..tgk tangga jek rasa tak larat..huhuhu..nasib baik bebudak tgh wat final projek, kalau nak kene mengajo aduiii...bercinta rasanya......huhuhu.......
Okla.....nak citer panjang2 tak larat...rasa lenguh tangan ni......nanti la sambung citer lagi....siap update dengan gambar sekali ek......so...bubye........
Friday, May 12, 2006
cErItA BaSi TaPi MeNaRiK...................


Tapi, one thing kat sini ; especially lecturers, kitaorg mmg baik macam adik beradik, takdela lagi la nampak cam spesies kawan makan kawan, tak macam tempat2 lain. So, sangat berharap, perhubungan sebegini kekal sampai bila2. Itu sebabnya, sesape yang dah berenti dari sini(esp. lecturer) kebanyakan laa(i'm not saying all) mesti nak rujuk kat sini balik..hehe...guna term nikah kawin pulak...huhuhu...
Apa2 pun..aku sayang kawan2 aku dan students aku...LOVE U ALLL..MMUUAAHHHSS....
1 ari lagi....bestnya....
Kali ni dapat rehat, stay satu malam, bawak anak2 pun takde hal, ramai bibik yang nak menjaga...siapa?...sape lagi student kita la yang bakal menjadik bibik dorang..hahahahha (jangan marah uols, nanti cepat tua)....apapun ari ni kene bincang dalam kelas all the final preparation takut terlupa..kene review balik seme perkara....hmmmm.......
okla...nak sambung balik pikir pasal esok......Plan B mmg kene buat...kalau idak.......huhuhuh.....so doakan kitaorg sukses dalam cuti-cuti SLG ni........adios..............
Thursday, May 11, 2006
Kebesaran Allah.....


Rasanya


Ini bukannya maksud kita tak suka

Cuti-Cuti Malaysia..............
Stay kat Tiara Bungalow for 2 days 1 night.......siap full package....dengan aktiviti, makan2, minum2, barbeque......nanti bila dah balik, kita update gambar kat sini ye.......berkonvoi dengan 4 keta nanti..mesti bestkan......tak sabarnya......
Wednesday, May 10, 2006
Gila Blog........
oklaa..nak gi jumpa students jap..nak bagi surat kat SA........adios......
Tuesday, May 09, 2006
Bersalahnya Aku.....
Petang tu pulak, bawakla satu family gi shopping ngan main kat playground tanjung. Apa yang buat rasa bersalah tu rupa-rupanya aku ada kelas tambahan ngan bebudak diploma......boleh tak ingat tuh. Patutla hati ni rasa cam ada jek yang kurang, rupanya itu la puncanya. UUWWWAAAA....bersalahnya rasa..sebab dah janji kan. Kesian kat diorang, dahla syllabus lom abis, lecturer dorang plak cuti bersalin, aku yang menggantikan pun boleh lupa.HuHuHuHuHuHu........part yang paling best tuh, dorang nak final exam sabtu ni..tu yang haru sket.....
Bila teringat rasa bersalah, tak sabar nak tunggu hari isnin, nak minta maaf dengan diorang. Siap promise akan cover balik tu, rasa bersalah punye pasal. Heheehehh......SORRY YE......kelakar..kelakar....boleh sesukahati enjoy sampai lupa ada kelas tambahan...hehehehe
Seronoknya............




Ni masa gi jalan2 kat Melaka ari tuh, pegi ke Jaya Jusco then cam biasa la ainna merengek2 nak main kat playground tuh..berbayar pulaknya tuh...mengenangkan anak2 ..ku layan kan jugak......heheheh....apa pun anak2..asalkan u all enjoy, tapi kalau tak dengar cakap ayah ngan ibu..siap la ye.......huhuhuhu...... Aqim je belum pandai main, nanti kalau dah pandai pun jenuh nak melayan......heheheh....