Friday, November 24, 2006

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).
5. Kedekut
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

*taken from virtualfriends.net

Tuesday, November 14, 2006

???

Assalamualaikum semua,

rasanya macam dah lama tak jenguk kat blog ni...Ala2 dah berabuk kot..bukannya tak nak update tapi terlalu sibuk ngan kerja dan kelas2 yang takkan abis2 pun sampai bila. Nak kata tension tu takde la.Memula jek dok mengomen dgn kelas yang penuh pastu bz tanda semua kerja student now baru lah boleh adapt ngan semua situasi tuh....hehehhe...

lately ni pun banyak betul peristiwa yang begitu tragis, mencabar kesabaran, keimanan dan ketakwaan ni......dugaan betul tau......rasanya macam hopeless pun ada....PASRAH....boleh ke buat kesimpulan gitu..susah rasanya nak diungkaikan...masalah macam datang bertimpa2 plak..tak larat rasanya beban nak ditanggung........tapi apapun hidup mesti diteruskan LIFE GOES ON...hidup sekarang untuk anak2 dan keluarga tercinta.....kekadang rasanya tak daya nak meneruskan hidup ini tanpa ada kekuatan diri dan dari orang tersayang..........

masalah yang datang pun susah nak dikongsi ngan sesiapa pun sebab rasanya susah nak diluahkan.....terlalu peribadi untuk diceritakan.....[bak kata sesetengah org]..memang betul...hanya tangisan aje dapat mengurangkan kesedihan...kekadag bila pikir apa dosa aku sampai aku diperlakukan begini tapi REDHA.....dan berpegang pada prinsip THINK POSITIVE.....lah hidup ni diharungi dengan penuh ceria.......

mungkin bila dipikirkan balik agaknya inilah balasan yang diperolehi atas dosa2 yang lepas2.........TUHAN MAHA ADIL......MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENYAYANG.....setiap apa yang terjadi ada sebab musababnya....redha ngan semua kejadian yang berlaku dan dari itulah menjadikan kita sedar dari semua kelalaian......