Friday, July 21, 2006

Untuk Renungan Bersama

Pagi tadi buka email terus baca info pasal bende nih..nampak menarik so terpanggil untuk berkongsi dengan semua pembaca blog yang budiman. Harapnya uols ambik iktibar dari apa yang ada ini.....

Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa, InsyaAllah, Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun. Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin. Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.Allahu 'alam

Assalamualaikum, UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.


"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

> > >Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

> > >Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.Nota:

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wassalam.





sharing is caring.........


Wednesday, July 19, 2006

36 cara untuk lebih hebat.....

Jika anda berazam utk mengubah gaya @ cuba memberi penampilan baru pada diri tetapi berasa masih jauh ketinggalan dan masih dlm peringkat trial and error, beberapa tip boleh diamalkan.

1. Jgn tiru gaya org lain. Cari satu keistimewaan @ persamaan yg boleh anda gunakan, mungkin warna dan cara solekan mata cthnya.
2. Jgn membuat perubahan mendadak. Secara psikologi, perubahan berperingkat2 lebih bagus drpd perubahan yg dibuat secara mendadak kerana anda boleh membina keyakinan diri setiap kali anda membuat perubahan.
3. Rambut adalah satu aset yg penting yg mampu menghasilkan perubahan dan imej yg berbeza. Hati2 sebelum memotong @ menukar gaya. Dptkan nasihat jurudandan anda terlebih dahulu.
4. Pilih warna pakaian sesuai kedudukan dan kerjaya. Jika di bidang korporat, adalah sesuai anda menggunakan warna2 yg membuat penampilan nampak " I mean business" dan hebat.
5. 6 bulan @ setahun sekali dptkan makeover di pusat membeli-belah yg biasanya membuat promosi solekan dan nasihat percuma bila anda membeli barangan kecantikan.
6. Bertukar2 haruman. Jgn gunakan sesuatu haruman lbh 30 hari! Tahukan anda haruman berupaya menukar mood @perasaan anda? Bila anda sukakan haruman yg anda pakai, percayalah kegembiraan itu akan menyerlah di wajah anda pada penampilan anda. Dan setiap haruman mempunyai bau dasar tersendiri misalnya, dasar bunga lebih romantik, limau dan tumbuhan mencetuskan kesegaran dan keceriaan sementara bauan rempah boleh menghasilkan satu keyakinan.
7. Gincu bibir memainkan peranan ptg menyerlahkan wajah dan membuat org mengingati anda dgn warna yg anda pakai. Seeloknya tukar warna gincu bibir setiap hari spy org tdk berpendapat bhw mereka berhadapan dgn 'tembok' yg sama.
8. Jika ingin mencuba warna terang dan lantang ttp tdk berani, gunakan teknik berperingkat.
9. Kunjungi salun rawatan wajah. Dpt rawatan facial nyahtoksin dan kembalikan kesegaran.
10. Kunjungi spa @ pusat riadah. Kunjungan ini mampu membuat anda berasa segar dan sentiasa bertenaga.
11. Bersukan boleh menyegarkan badan dan memberi anda peluang menghabiskan sedikit masa bersama teman dan lari drpd ketegangan masalah keluarga serta tugas harian. Pastikan anda berbual ttg perkara yg menyeronokkan, luar skop kerja dan keluarga.
12. Bersenam. Jika anda tdk pandai bersukan anda masih boleh membuat aktiviti utk kesihatan mll bersenam spt aerobik, tai chi dan sebagainya yg bukan shj menyeronokkan badan ttp melegakan fikiran.
13. Hentikan merokok. Selain menganggu sistem tubuh, merokok membuat anda kurang bergaya @ kurang 'cool' kerana ia memberi gambaran seseorg itu sedang berserabut fikirannya. 14. Makan makanan yg boleh membuat anda gembira dan ceria spt kek, coklat, cip kentang dan sebaginya asalkan jumlahnya tdk keterlaluan.
15. Elakkan makanan proses dan berlemak tinggi secara berlebihan kerana ia boleh mengganggu dan melemahkan sistem tubuh dan seterusnya membuat kulit dan badan anda tdk sihat. Dgn cara pemakanan dan makanan yg kita makan hari ini, supplement@ zat tambahan adalah penting. Pastikan anda mendapatkan vitamin, galian dan zat tambahan yg diperlu.

16. Dptkan nasihat doktor anda apa yg anda perlukan dan jenama terbaik utk anda.
17. Jgn abaikan kasut dan beg tangan. Walaupun kasut dan beg tangan dipakai utk keperluan tertentu, anda patut suaikan beg tangan dan kasut dgn pakaian jika ingin penampilan anda hebat dan berkesan.
18. Pastikan kasut anda dilap bersih dan tdk berlumpur di tumit. Ia mencactkan penampilan dan menggugat kepakaran kerjaya anda.
19. Sederhana utk korporat. Pakai perhiasan spt anting2, rantai dan gelang sederhana dan kecil jika anda di bidang korporat. Begitu pun anda boleh mencuba yg agak besar jika berani ttp pastikan ia sesuai gaya, pakaian dan peribadi anda.
20. Elakkan kerlipan! Utk aktiviti @ tugas siang, cuba elakkan perhiasan, pakaian juga solekan yg berkilat @ berkilau. Mungkin ia sesuai utk digayakan pd waktu mlm.
21. Beg kerja hasilkan gaya hebat. Beg kerja @ briefcaseamat sesuai bg anda yg berada di peringakt eksekutif. Selain menampilkan gaya hebat anda nampak serius dlm tugas.
22. Cuba maskara. Ramai wanita tdk begitu minat menggunakan maskara kerana bimbang nampak terlalu bersolek. Begitu pun pemakaian selapis maskara mampu memperindahkan mata dan keseluruhan wajah serta membuat mata nampak segar bersinar.
23. Air penting utk kehidupan. Pastikan sebotol air galian di sisi setiap masa; di meja pejabat, dlm kereta @pun beg tangan. Minum beberapa teguk setiap setengah jam utk mengembalikan kehilangannya. Ingat air menentukan perjalanan zat dlm darah dan bagus utk kulit. Cukup air, kulit segar dan anda tampil hebat.
24. Jgn sembunyikan kekurangan dgn ketara. Jika botak biarkan. Jgn ditutup kekurangan itu dgn rambut tepi. Ia mencacatkan penampilan dan membuat anda nampak spt kurang keyakinan diri.
25. Kasut bertumit hanya sesuai utk wanita. Lelaki pendek patut elakkan kasut bertumit krn ia nampak kelakar.
26. Pastikan tali leher diseterika rapi dan diikat kemas. Tai leher dipakai utk memberikan penampilan segak, tdk guna bertali leher jika ia hanya mencacatkan penampilan.
27. Selaraskan kasut dan tali pinggang. Warna kasut dan tali pinggang yg terselaras memainkan peranan dlm penampilan seseorg terutama lelaki. Percayalah kebijaksanaan menyelaraskan kedua2nya memberikan gambaran lbh meyakinkan.
28. Cukup tidur. Tidur penting utk memastikan proses pembaik pulih bdn berjalan lancar. Ingat! Kala and tidur sel2 tubuh bergiat cergas melakukan proses pemulihan. Sbb itu, tidur secukupnya penting utk kesihatan dan kecantikan.
29. Jaga kesejahteraan seluruh bdn. Penampilan hebat terletak pd penjagaan dan penyelarasan dr hujung rambut ke kaki. Pastikan tiada bahagian yg diabaikan.
30. Pastikan kuku sentiasa dipotong @ dibentuk dan dibersih. Bagi wanita pula, jika mahu mewarna kuku, pasti ia sentiasa berjaga dan tdk terkopek2. Ia memberi gambaran anda seorg yg tdk senonoh.
31. Jgn lupa memuji. Bukan memuji sepanjang masa ttp pd waktu yg sesuai dan bila perlu. Berikan pujian kpd ibu, bapa, suami, anak, rakan sekerja, anak buah di tempat kerja @ sesiapa shj yg layak menerimanya krn tindak balas mrk akan memberi seribu makna dlm hidup.
32. Penampilan yg hebat bukan hanya pd pakaian. Cara anda berjln, bertutur dan apa yg keluar drpd mulut anda juga mencerminkan keperibadian.
33. Jauhi sifat cemburu. Cemburu adalah 'penyakit' paling berbahaya krn ia boleh membuat seseorg terdesak bertindak liar, bercakap perkara yg tdk baik @ bersikap kurang cantik.
Elakkan sifat ini dlm apa juga hal dan suasana krn ia pasti menyerlah di wajah dan membuat penampilan tercemar.
34. 'Keyakinan diri' pakaian paling hebat. Bina keyakinan diri krn ia penting utk penampilan hebat. Bagaimana bergaya @ trendy sekalipun anda, jika tiada keyakinan diri, penampilan pasti tenggelam. Tarik nafas dlm2 dan hembuskan mll mulut sebanyak 5 kali sambil berkata dlm hati, "Aku nampak hebat" sebelum tampil di khalayak setiap kali. Mudah2an ia dpt membantu.
35. Elakkan berpakaian sendat @ melekap tubuh di tempat kerja, jika anda berada di bidang yg serius spt pengurus dan sebagainya. Ia lbh sesuai digayakan waktu mlm bilamana anda lbh santai dan ingin berseronok.
36. Jadilah diri sendiri! Personaliti seseorg mencerminkan keindahan yg ada pd dirinya. Walau apa pun yg anda salutkan ke tubuh, semua itu hilang tanpa personaliti yg menarik.

Tuesday, July 18, 2006

KENAPA HATI TIDAK BAHAGIA?

Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah,dlm semak ada duri,ayam kuning buat sarang,org tamak selalu rugi,cam anjing ngan bayang-banayng
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada(harta,ilmu amal dll)
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .

Nota: ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Thursday, July 13, 2006

Aktiviti Ujung Minggu....


Inilah aktiviti ujung minggu lepas kitaorg satu family...bawak diorang pegi kluang lagoon..mandi manda kat sana..best betul......bebudak tiga org tuh siap taknak naik lagi...si aqim pun sama gak..naik syok pulak duk dalam air tuh lama2..nasib baik tak selsema ke demam ke......
Lain kali kalau balik kluang bleh lagi pegi sana..tapi berbayar beb.............

Sunday, July 09, 2006

Kebesaran Allah...... part II





Suka betul amik gambar pemandangan ni....cantik betul..teruja...rasa kecik sangat diri ni dan kagum ngan kejadian Allah yang sangat cantik ni..........gambar ni masa perjalanan balik dari Segamat ke Muar...(lalu tangkak).........minggu lepas.....teman hubby pegi cari barang kereta Tredia dia tuh...huhuuh......