Friday, November 16, 2007

Cinta Beralih Arah...Salah Siapa?

Tatkala matahari menyerlahkan sinarnya, tiba-tiba mendung berarak kelabu. Suami yang dikasihi tiba-tiba beralih perhatian kepada si dia. Kasih beralih arah selalunya disebabkan oleh keadaan rumah tangga yang hambar. Hubungan yang kian longgar membuat suami beralih arah kepada orang ketiga yang dirasainya lebih menyenangkan.

Sebelum anda mencari salah siapa, renungkanlah 12 cara mengembalikan keharmonian rumah tangga di bawah. Jika semua perkara itu sudah anda lakukan dan perkahwinan anda masih tidak bersinar, mungkin anda perlu ambil langkah drastik kerana memang sudah tidak ada jodoh!

1. Perkahwinan kerana Iman - Renungi kembali mengapa anda berkahwin. Jika perkahwinan anda dahulu disebabkan oleh nafsu dan cinta, tentunya sukar mempertahankan keharmonian rumah tangga. Hal ini kerana cinta dan nafsu boleh berkurangan & lupus. Sekiranya perkahwinan yang anda lakukan itu di atas dasar iman, sudah pasti anda dan pasangan sedaya upaya menerangi rumah tangga dengan cahaya keimanan. Semakin kuat iman anda semakin erat hubungan anda suami isteri. Perkahwinan di atas dasar keimanan menjadikan anda dan pasangan bertanggungjawab sepenuhnya pada tugas-tugas yang diberikan dan disarankan oleh agama. Bagi pasangan yang berkahwin kerana nafsu dan cinta, ubah persepsi itu sekarang.

2. Belajar Ilmu Perkahwinan - Berjaya mendapat sijil Kursus Perkahwinan bukanlah tanda yang anda kini sudah mampu menjadi suami dan isteri yang baik. Banyak lagi perkara yang perlu anda tahu tentang ilmu perkahwinan. Misalnya belajar dari orang yang lebih tua dan berpengalaman. Ketahui hukum-hukum syarak perkahwinan. Ikut petua-petua rumah tangga yang boleh diperoleh dari orang terdahulu.

3. Niat - Simpan niat berkahwin hingga ke hujung hayat. Bukan hingga ke anak cucu shaja! Mohom pada Allah agar keharmonian rumah tangga anda kini berada dalam keadaan yang dirahmati.

4. Campur tangan orang luar - Jika anda mempunyai masalah rumah tangga, jangan biarkan orang luar campur tangan. Tidak kira samada ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Masalah keluarga biar anda dan pasangan yang selesaikan. Hal ini kerana tidak semestinya orang luar boleh menyelamatkan keadaan. Malah keadaan lebih merbahaya jika orang luar itu menyokong satu pihak sahaja. Berjumpalah dengan kaunselor keluarga jika masalah yang anda berdua hadapi tidak mampu diselesaikan bersama dan memerlukan orang ketiga. Kaunselor adalah orang yang paling sesuai kerana mereka mempunyai etika yang tidak bias kepada sesiapa.

5. Keterampilan - Jangan salah anggap selepas menjadi suami atau isteri, kebersihan dan keterampilan diri tidak perlu dijaga. Sebaiknya apabila kita bergelar isteri atau suami, penampilan perlu lebih baik terutama apabila di hadapan pasangan. Jangan pula bila keluar anda bergaya, di rumah pakai apa yang ada!! Jaga keterampilan anda supaya sejuk mata pasangan memandang.

6. Belajar tolong menolong - Jika dahulu, kebanyakan isteri tidak bekerja. Tugas sebagai surirumah memerlukan isteri membuat kerja rumah sendirian. Namun, atas desakan ekonomi pada masa kini menyebabkan isteri terpaksa turut serta mencari nafkah. Oleh kerana kerja isteri semakin bertambah, suami perlu menolong isteri melakukan kerja-kerja ringan di rumah. Misalnya membasuh baju, menyidai dan melipat. Atau tugas paling mudah suami boleh lakukan adalah menjaga anak semasa isteri sedang membuat kerja rumah. Sekiranya suami dan isteri mampu, upahlah pembantu. Pembantu rumah boleh menolong isteri menyelesaikan tugas-tugas di rumah tanpa rasa tertekan. Kurang stress akan mengurangkan ketegangan hubungan suami isteri.

7. Intim - Jangan jadikan anak sebagai penghalang hubungan suami isteri. Sebaiknya, anak adalah penyambung kepada ikatan keintiman anda berdua. Pasangan yang kurang intim selalunya kurang memberi perhatian kepada pasangan. Kajian mendapati 60% pasangan yang bercerai adalah disebabkan masalah keintiman atau seks.

8. Jaga Kesihatan - Kebanyakan masalah rumah tangga berpunca daripada masalah kesihatan. Kesihatan di sini bukan tertumpu kepada kesihatan fizikal sahaja tetapi lebih daripada itu seperti kesihatan mental dan emosi. Misalnya, masalah stress perlu ditangani segera. Elakkan dari dijangkiti penyakit yang membahayakan kesihatan khususnya yang berkaitan dengan seks. Banyak pasangan yang ingin bercerai disebabkan oleh masalah kesihtan, jadi jangan anggap masalah ini ringan.

9. Kurangkan Syak - Jangan terlalu cemburu atau berprasangka pada pasangan. Cemburu, syak dan berprasangka hanyalah mainan minda yang mungkin tidak sama dengan realiti. Perasaan ini selalunya menjadi punca kepada pergaduhan, murung dan hilangnya kosentrasi terhadap tanggungjawab sebagai suami maupun isteri.

10. Berpandangan Jauh - Ingat, perjalanan hidup anda jauh lagi. Pasangan bukanlah rakan anda untuk satu ketika sahaja tetapi teman yang akan duduk di sebelah anda dari hari anda bernikah sehingga ke hujung nyawa. Jika anda berpandangan sebegini, maka anda tidak mudah melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati pasangan.

11. Cari Persamaan - Cari persamaan anda dan pasangan kerana persamaan ini dpat membantu anda dan pasangan terus mencintai antara satu sama lain. Begitu juga persamaan tingkah laku ketika bercinta dan selepas bergelar suami isteri. Jika sebelum berkahwin boleh bersuap-suapan ketika makan, mengapa kini tidak lagi? Jika dahulu suami akan memimpin tangan isteri semasa melintas jalan, kenapa kini berjalan jarak sebatu antara satu sama lain? Ingat kembali detik indah ketika bercinta dan wujudkan kembali detik itu walauun sudah menjadi pasangan yang sah dan sudah beranak-pinak.

12. Bersyukur dan terima seadanya - Tidak bersyukur dengan apa yang ada pada pasangan adalah tanda-tanda mulanya rumah tangga bermasalah. Sana tak cukup...sini salah...situ kurang...dan sebagainya. Bahkan, jerawat tumbuh di atas hidung pasangan pun menjadi masalah besar. Mengapa perlu merungut? Sebaliknya, berterima kasih kerana anda dijodohkan dengannya kerana setiap pasangan itu mempunyai keserasian. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari di mana keserasian itu bersembunyi.

Amalan membawa berkah dari wanita untuk wanita..

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain :
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah1 minit untuk mengingat Allah*

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH* * ALHAMDULI'LLAH* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH* * ALLAHU AKBAR* * ASTAGHFIRU'LLAH* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI* * WA SAHBIHI AJMA'EEN*

Langkah 2:* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

Wassalam

Monday, November 12, 2007

Melihat Positif Dalam Negatif...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

BELAJARLAH BERSYUKUR.......

Ketawa itu Sihat.........

Kenapa nak sedih dan susah hati memanjang jer sedangkan kita boleh tersenyum...ketawa? Senyumlah..ketawalah...walaupun kdg kita senyum dan tawa dalam tangisan.

Senyumlah..dan ketawalah....kerana sesungguhnya senyum dan tawa tu pengubat luka!!Cuba masa kita bangun pagi tu kita g ngadap cermin. Tgk rupa wajah kita dlm cermin tu....dan lontarkan senyuman kita kat diri kita sendiri dan kata ari ni aku tak mahu sedih2..aku nak senyum..aku nak gembira!! Insyallah aritu kita akan rasa gembira!!

Dlm hal yg berkaitan..cuba duduk depan cermin, tersenyum, kemudian tersenyum lebar. Lakukan sampai anda dapat ketawa dgn sendirinya. Sgt baik kalau anda dapat ketawa sekali gus menangis. Semua yg anda rasakan , dapat ditumpahkan sepenuhnya!!

Friday, April 20, 2007

Uarrgggggghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aduiiii...............banyaknya keje..................nak kata tension tu tak gak sebab dah biasa deal ngan bende camni.....rasanya tiap2 semester camni..banyak keje..especially nak setelkan outcome ni haaaaaaaaaa................Admin dah kejar suh siapkan markah utk bebudak ni haaaa.....mentor mentee pun satu hal gak.......susah betul nak jumpa semua org...macam2 alasan diberi....huhuhu.......tu belum jadi perdana menteri tuh................gasak la korang....maleh aku nak melayannya........

LAN nak datang lagi ni ...mengharukan betul hidup ni...huhuhu..ni baru keje opis jek..lom masuk keje kat umah lagi..dengan askar2 yang hebat2 tuh....hehehhe

Okla nak sambung siapkan keje..petang kang ada meeting..kalau tak siap..abislaaaa......byeeeee.......

Life Is A Gift....................

Today before you think of saying an unkind word
Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who's crying out to God for a companion.

Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they're barren.

Before you argue about your dirty house, someone didn't clean or sweep
Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker.

And when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and thank God you're alive and still around.

Life is a gift
Live it Enjoy it
Celebrate it
EMBRACE IT
And fulfill it ................

Wednesday, April 18, 2007

Dah berabuk blog ni ye.......

Yuhuuuu....pekabo?..lama rasanya tak menulis dalam ni.....last entry january kan..ni dah masuk april......baru lepas celebrate birthday..heheheh.......happy birthday to me!

Hmm...actually banyak bende dah berlaku lately ni...kiranya macam2 hal laaaa.....huhuhuh...semua perasaan ada......ntah laaa..takleh nak bayangkan........

hari ni jek..setelkan masalah student ni bergaduh...aduii..pening kepala akak ni haaa......bila dorang gaduh makanya keje yang dibagi takleh siap laaa........

Ntah apa2 la dorang ni...tak profesional langsung........

Okla..ada kelas ni nanti sambung lagi yek.....bye

Saturday, December 09, 2006

Lembapnya..........

Pesal la internet lately ni lembap giler...especially YM tuh..asik la on off....maleh betul nak melayan kannya..lastly dah malas nak online.....hehehheh....sabo jek laaa.....ni pun baru lepas balik dari vacaion kat Perak..best betul dapat jalan2..mengabihkan duit..hehhe......part paling best dapat menjauhkan diri dari tempat kerja...takyah nak pk pasal kerja langsung...hehheh.....

Friday, November 24, 2006

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).
5. Kedekut
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

*taken from virtualfriends.net